Sunaton Dan Taklimat Kdb

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg.Kubu Gajah telah bekerjasama bekerjasama dalam menganjurkan Program Khatan Perdana (SUNATON) yang diadakan di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah.

MPKK Kg.Kubu Gajah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Sunaton bagi membantu anak-anak ahli kariah menyempurnakan kewajipan ini. Seramai 50 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun mengambil peluang untuk bersunat secara beramai-ramai.

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah peserta diarak dengan paluan kompang dan bunga manga di perkarangan masjid. Taklimat klik dengan bijak juga diberikan kepada peserta untuk menyedarkan tentang penggunaan teklonogi yang betul dan selamat. Peserta juga dimandikan dengan air menggunakan pili bomba. Sebelum majlis bermula, peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan menyertai program SUNATON ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali